Tuesday, January 1, 2008

bErdoA pD wakTu LaPanG

Banyak berdoa pada waktu lapang

Orang bijak ada mengatakan bahawa doa tanpa usaha adalah bohong dan usaha tanpa doa adalah sombong.Doa dan usaha adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.
Kita tidak boleh hanya berdoa tanpa melakukan usaha sedaya mungkin untuk mencapai hajat itu.Kta juga tidak boleh hanya berusaha ,tanpa berdoa dan mengabaikan Allah sebagai penentu berhasil atau tidaknya usaha kita.
Doa adalah permohonan,pengharapan seorang hamba kepada Allah.Doa intinya adalah ibadah.Doa adalah senjata,ubat dan pintu segala kebaikan.
Seluruh hamba sangat bergantung kepada penciptaNya.Setiap hamba memang perlu berdoa ,sebab kita diciptakan dalam keadaan penuh keterbatasan
Manusia memang ditakdirkan sebagai makhluk yang paling sempurna denga segala kelebihannya .namun manusia juga memiliki kekurangan dan kelemahan.
Untuk itu,kita perlu meminta kepada Allah.Berdoa dengan penuh khusyuk,harapan,tulus,pasrah dan ikhlas.
Ini seiring dengan firman Allah bermaksud : “Hai manusia,kamulah yang memerlukan Allah dan Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu)Yang Maha Terpuji”(Surah Faathir,ayat 15)
Ramai yang tidak dapat memanfaatkan kesempatan untuk berdoa,padahal boleh jadi dia tergolong orang yang mustajab doanya.
Setiap muslim hendaklah memanfaatkan kesempatan untuk berdoa seanyak mungkin baik memohon sesuatu berhubung dengan dunia atau akhirat.
Antara orang yang doanya mustajab.
· Doa seorang muslim terhadap saudaranya dari tempat yang jauh.Daripada Abu Darda’ bahawa dia berkata bahawa Nabi Muhammad bersabda maksudnya : “Tudaklah seorang muslim berdoa untuk saudaranya yang tidak dihadapanya ,maka malaikat yang ditugaskan kepadanya berkata : “Amin,dan bagimu seperti yang kau doakan.”(Shahih Muslim ,kitab Doa wa Dzikir bab Fadli Doa fi Dahril Ghalib)
Iman An-Nawawi berkata bahawa hadis berkenaan menjelaskan keutamaan seorang Muslim mendoakan saudaranya dari tempat yang jauh.Jika dia mendoakan sejumlah atau sekelompok umat islam ,maka tetap mendapatkan keutamaan itu.
Oleh itu sebahagian ulama salaf ketika berdoa untuk berdoa untuk berdoa untuk diri sendiri, menyertakan saudaranya dalam doa itu .Ini kerana selain termakbul, dia contohnya akan mendapatkan sesuatu.
Shafwan bin Abdullah berkata: “Saya tiba di negeri Sham,lalu menemui Abu Darda’ di rumahnya ,tetapi saya hanya bertemu dengan Ummu Darda’ dan dia berkata : “Apakah kamu ingin menunaikan Haji tahun ini?
Saya menjawab : “Ya.Dia berkata : “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak dihadapannya terkabul dan disaksikan oleh malaikat yang ditugaskannya ,tatkala dia berdoa untuk saudaranya.
“Mak malaikat yang ditugaskannya mengucapkan :Amin bagimu seperti yang kamu doakan .”
Shafwan berkata : “Lalu saya keluar menuju ke pasar dan bertemu Abu Darda’ ,beliau juga mengutarakan seperti itu dan meriwayatkan daripada Nabi”
Syaikh Al-Mubarak Furi berkata ,jika seorang muslim mendoakan saudaranya kebaikan dari tempat yang jauh dan tanpa diketahui oleh saudara itu ,maka doa itu akan dimakbulkan.Ini kerana doa sepertiitu lebih ikhlas kerana jauh dari riak serta berharap balasan hingga lebih diterima Allah.
· Orang yang memperbanyak berdoa pada saat lapang dan bahagia.Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang ingin doanya termakbul pada saat sedih atau susah, maka hendaklah memperbanyak berdoa pada saat lapang.”
Syaikh Al-Mubarak Furi berkata ,hadis ini bermaksud hendaklah seseorang memperbanyakkan doa sewaktu sihat ,kecukupan dan selamat dari cubaan.Ini kerana cirri seorang mukmin baik adalah sentiasa bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu pekerjaan atau menghadapi sebarang masalah.
Oleh itu,adalah wajar seseorang muslim selalu berdoa kepada Allah sebelum datang bencana. Ini berbeza dengan orang kafir sebagaimana firman Allah bermaksud : “ Dan apabila manusia ditimpa kemudaratan ,dia memohon pertolongan kepada TuhanNya dengan kembali kepadanya ;kemudian apabila Tuhan memberikan nikmatNya kepadanya lupalah dia pada kemudaratan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk menghilangkannya sebelum itu.”(Surah az-Zumar ,ayat 8)
Firman Allah bermaksud : “Dan apabila manusia ditimpa bahaya ,dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring,duduk atau berdiri tetapi setelah kami